Click Here
For The
Original Article
In English

Apnea Tidur Obstruktif Dan Dengkuran Kuat Didapati Dalam Golongan-Golongan Pengambilan Masuk Tentera.

MAKELA JP, SAVOLAINEN S.
Mil Med 2007;172(8):879-81.

Bahagian Neurologi, Pusat Kajian Kesihatan Tentera, Tukholmankatu 8A, FIN-00290 Helsinki, Finland.

Abstrak:
Salah satu dari petanda Apnea Tidur Obstruktif (OSA) adalah dengkuran kuat. Rekrut-rekrut tentera diwajibkan tidur di berek dan rekrut yang berdengkur kuat amat mudah dikesan.

Kami telah melaksanakan rakaman Polygraphic pada mereka yang kuat berdengkur selama satu malam di hospital, untuk mengenal pasti samada mereka menghidap Apnea Tidur Obstruktif . Seramai 49 rekrut tentera ( kesemuanya kaum lelaki ; berumur 21 tahun +/- 2 tahun; indeks jisim badan, 25 +/- 3 kg/m persegi) telah di kaji; 32 rekrut (65%) mengadu mereka mengantuk di siang hari, malah salah satu pernah menyebabkan sebuah kapal karam kerana mengalami episod keletihan.

Tahap oksigen mengurang dari 4% hingga 9% >20 kali setiap jam, (4-9% bacaan indeks ketepuan oksigen(ODI4) dalam masa 20 jam) dikesan pada 3 rekrut (6%). 11 rekrut (22%) pula memberi ODI4 >10 jam. 4 (8%) dari mereka tidak mengadu kepenatan di siang hari. Purata Indeks Apnea (AI) adalah 11 +/-13 jam; 20 pesakit mempunyai purata AI yang melebihi 10 jam . ODI4 dan AI, kedua-duanya adalah nyata sekali berhubung kait (r = 0.67; p < 0.001). Index jisim badan nyata tidak berhubung kait dengan ODI4 atau indeks apnea.

Anggaran 1/5 dari rekrut yang berdengkur menghidap OSA. Rekrut yang kuat berdengkur diwajibkan menjalani pemeriksaan sebelum dipilih untuk menjalankan tugas kerana mereka diperlukan mengekal daya kewaspadaan yang tinggi.

Mengatasi Berdengkur | Penyelesaian Berdengkur | Apnea Tidur Malaysia | Sitemap