Click Here
For The
Original Article
In English
Juruterbang Bangsa Jepun Tertidur

Japanese pilot with sleep apnea

All Nippon Airways (ANA) telah mengakui, bahawa bulan lalu seorang juruterbang bangsa Jepun tertidur dua kali di kawalan sewaktu pernerbangan dalaman satu jam.

Pada hari Jumaat pihak penerbangan memohon maaf selepas kapten berusia 50 tahun didapati terlelap sebentar dalam penerbangan yang dibawanya, seramai 184 penumpang dan krew sewaktu dalam pernerbangan auto-pilot. Juruterbang tersebut diberhentikan sementara waktu untuk menjalani ujian perubatan.

Tahun lepas, seorang pemandu keretapi peluru tertidur di kawalan. Ia kemudiannya didapati menghidap apnea tidur .

Seorang juruterbang ANA mulai tertidur selepas 20 minit meninggalkan landasan. Boeing 767-300 jumbo jet yang dipandunya telah mencapai tahap rata ketinggian 12.000 meter (36000 kaki). Ia dibangunkan oleh pembantunya, tetapi tertidur semula sebelum mendarat.

Japanese map showing where Japanese pilot with sleep apnea had problems

“Dia tertidur selama dua atau tiga minit,” kata seorang jurucakap ANA.

Peristiwa ini dilaporkan oleh seorang pemeriksa dari Jabatan Pengangkutan, yang kebetulan pada masa itu menyemak kokpit.

Kapten memberitahu syarikat penerbangan bahawa ia telah tidur selama tujuh jam pada malam sebelumnya, dan telah melaporkan dia tidak mempunyai masalah tidur semasa ujian perubatan lima hari sebelumnya.

“Cahaya matahari berada didepan, lalu saya pun terlelap,” lapor beliau kepada syarikat penerbangan.

Februari lalu, seorang pemandu keretapi peluru tertidur ketika membawa 800 penumpang dalam perjalanan dengan kelajuan 26km hingga 300 kilometer (186 batu) sejam.

Dia didapati menghidap sindrom apnea tidur ,kesulitan bernafas yang menganggu tidur dan kerana itu sering menyebabkan dia rasa mengantuk di siang hari.

Mengatasi Berdengkur | Penyelesaian Berdengkur | Apnea Tidur Malaysia | Sitemap