Click Here
For The
Original Article
In English
Kadar 14% Peratus Pemain Bolasepak NFL Menghidap Apnea Tidur

Pada akhir minggu ini ketika anda menonton Superbowl, pertimbangkan ini – ramai pemain yang muda dan sihat di gelanggang mengalami masalah pernafasan yang berpotensi membahayakan, yang dikenali sebagai apnea tidur . Yang amat merisaukan adalah sebahagian besar masih tidak mengenali masalah apnea tidur , atau tidak mengatasi masalah apnea tidur . Walaupun kini, Allen Weinerman bukan lagi pemain NFL, tetapi beliau boleh memberitahu anda bagaimana rasanya penderitaan apnea tidur . “ Isteri saya yang mengesan nafas saya berhenti”. Jikalau bukan kerana isteri, kemungkinan besar saya tidak akan mendapatkan rawatan apnea tidur .

Dan sementara, mereka adalah yang paling lasak, paling kasar, sering menjijikkan di gelanggang, pemain-pemain NFL yang berkuliah ini ketika mereka sedang tidur berpotensi menerima ancaman nyawa kerana apnea tidur .

Sifat Apnea tidur adalah beratusan kali pernafasan berhenti. Ia menyebabkan seseorang tersentak dari tidur kerap kali. Akibat Apnea tidur adalah seperti rasa mengantuk di siang hari, sukar menumpukan perhatian dan kuat berdengkur pada waktu malam.

Apnea tidur yang tidak ditangani boleh menyebabkan penyakit ancaman nyawa seperti sakit jantung, darah tinggi, dan strok. Suatu kajian yang telah dilaksanakan oleh New England Journal of Medical, mendapati bahawa 14 peratus pemain bolasepak NFL menghidap Apnea tidur ; 34% dari golongan penjaga garisan, dimana mereka adalah terdiri dari pemain yang bersaiz paling besar. Disebabkan ramai pemain adalah dari golongan orang muda dan atlet, mereka tidak akan mendapatkan rawatan apnea tidur .

Dr. Ana Krieger, pengarah Sleep Center di NYU Medical Center memberitahu bahawa “ semakin besar saiz badan, index jisim badan (BMI) adalah tinggi, dan secara lazimnya apnea tidur juga meningkat bagi seseorang yang mempunyai kadar BMI yang tinggi. Akan tetapi, hasil dari kajian terkini menunjukkan bahawa golongan muda yang berbadan tegap dan fizikal sihat seperti pemain bolasepak profesional adalah 5 kali lebih berkemungkinan menghidap apnea tidur jika dibandingkan dengan golongan masyarakat yang seumur dengan mereka. Ini kerana mereka lebih cenderung kepada saiz leher yang tebal. Apabila mereka tidur, tekanan di sekeliling bahagian saluran pernafasan adalah sangat tinggi dan menyebabkan penutupan, dan akibat apnea tidur ”, ujar Dr. Krieger

Adanya rawatan apnea tidur seperti mesin yang menolak udara pada waktu malam, dan tiada sebabnya untuk pemain-pemain menguji adanya atau tidak apnea tidur . Mereka masih boleh bermain bolasepak dan menjadi pemain handal. Hakikatnya, mereka barangkali bermain lebih handal selepas memperolehi tidur yang nyenyak, jelas Dr. Krieger. Kini Allen telah menerima rawatan apnea tidur dan beliau berkemungkinan tidak rasa mengantuk ketika menonton permainan.

Mengatasi Berdengkur | Penyelesaian Berdengkur | Apnea Tidur Malaysia | Sitemap