Click Here
For The
Original Article
In English

NTSB: Bas Terbabas Didapati Menyalahi Undang Undang Kelajuan, 9 Terbunuh.

April 21st, 2009 @ 4:05 petang
Oleh JOAN LOWY, penulis AP

Washington (AP) – Selasa, penyiasat keselamatan berkata pada tahun lepas di Utah, sebuah bas dalam kelajuan 88 hingga 92 batu sejam, ketika bas terbabas membunuh 9 dan melukai 43 yang lain. Kata mereka “ Keletihan pemandu bas berkemungkinan telah menyebabkan kemalangan tersebut”

Penyiasat memberitahu pihak penggangkutan dan keselamatan nasional bahawa pemandu bas bernama Welland Lotan, ketika itu berumur 71 tahun , menghidap apnea tidur dan beliau menggunakan satu alat mengawal pernafasan sewaktu tidur.

Lotan juga mengadu bahawa dia mengalami kesesakan di kepala untuk 3 hari sebelum kemalangan berlaku, dimana barangkali terhasilnya penyakit altitude atau selsema yang berkemungkinan mengganggu tidur beliau.

“Adalah amat tragik -- menyedihkan diatas kehilangan nyawa dan kecederaan orang ramai, kerana dalam pertimbangan saya kemalangan tersebut sebenarnya dapat dielakkan,” kata ahli lembaga Kitty Higgins.

Bas persiaran tersebut menggangkut 52 penumpang dalam perjalanan menghala ke Phoenix dari satu tempat percutian ski di Telluride, Colorado pada 6hb Januari 2008. Ketika ia melalui satu selekoh terpencil di lebuhraya laluan dua hala yang berhampiran dengan pekan Mexican Hat, ia tersendeng dari tepi lebuhraya tersebut dan bergolek ke bawah tambak.

Penyiasat mengatakan bahawa kemungkinan pemandu bas letih dan menyebabkan beliau salah anggap kelajuan bas. Had kelajuan lebuhraya tersebut adalah 65 bsj.

Bas tersebut adalah sebahagian dari sewaan 17 bas persiaran yang menggangkut seramai 800 penumpang. Pada hari kemalangan, Lotan telah bangun dari tidur pada jam 6.45 pagi dan memberitahu penumpang dan orang lain bahawa dia berasa letih dan juga berasa tidak sihat selama 3 hari, kata penyiasat. Beliau juga telah mula bekerja sejak jam 10.00 pagi, menghadiri mesyuarat pemandu dan juga membantu memasang rantai pada tayar-tayar bas dan mengisi minyak, kata mereka.

Apabila kemalangan berlaku pada jam 8.02 petang, Lotan telah pun memandu selama 5 jam. Kawalan persekutuan menyarankan tahap maxima bekerja untuk pemandu komersial adalah 15 jam dimana 10 jam dari itu adalah masa memandu.

Penyiasat juga dapat menentukan tahap kelajuan dari video tangkapan kamera yang dipasang didalam bas. Peralatan audio di dalam bas juga telah merakam jeritan suara seorang penumpang menyuruh pemandu bas perlahankan kelajuan.

Bahagian bumbung bas persiaran terpotong dalam kemalangan dan semua penumpang tercampak keluar kecuali Lotan, kerana beliau memakai satu-satunya tali pinggang keledar di dalam bas dan seorang penumpang dimana kakinya tersekat.

Pihak lembaga pernah 10 tahun dahulu mencadangkan agar taraf keselamatan untuk bahagian bumbung bas persiaran dikukuhkan. Cadangan-cadangan yang lain termasuk perlindungan penumpang sewaktu golekan dan tingkap-tingkap bas dapat di buka dengan lebih mudah.

Teresa dan Maurice Washington pasangan suami-isteri yang berasal dari Peoria, Ariz, menduduk di akhir barisan belakang, kehilangan anak lelaki yang berumur 12 tahun dalam kemalangan tersebut. Mereka berdua juga mengalami kecederaan yang teruk.

Saya masih menyalahi diri kerana membenarkan diri dan keluarga menaiki bas yang tiada tali pinggang keledar, kata Maurice Washington, usia 45 yang menghadiri pendengaran bersama isterinya pada hari Selasa.

Dalam mengukuhkan taraf keselamatan bas persiaran, pembentukan undang-undang yang termasuk keperluan tali pinggang keledar – terhenti di kongress tahun lepas, tetapi bill lagi satu telah dikemukakan tahun ini.

Ahli lembaga Debbie Hersman mengatakan kemalangan ini adalah kes ketiga yang diulas dalam satu tahun, yang melibatkan operator menghidap apnea tidur . Kedua – dua kes yang lain adalah dari kemalangan perkapalan dan kemalangan penerbangan.