Click Here
For The
Original Article
In English
Kekurangan Tidur Kabur Pertimbangan Moral

Penemuan kajian menyarankan, hanya dua malam tanpa tidur dapat mengaburi penilaian moral seseorang. Penyelidik tentera mendapati anggota tentera mengalami kesukaran membuat keputusan SNAP dalam situasi beremosi selepas dihalang tidur selama dua malam.

Penulis mengatakan hal ini mungkin penting bagi pekerjaan lain, termasuk doktor, mengalami tidur yang sering terganggu dan perlu untuk membuat keputusan yang cepat dalam krisis.

Karya The US work diterbitkan dalam edisi terbaru jurnal Sleep.

Kekurangan menutup-mata

Adalah pengetahuan yang terbukti bahawa kurang tidur boleh mengganggu pelbagai fungsi, termasuk konsentrasi dan memori.
Penyiasat mengatakan bahawa kemungkinan pemandu bas letih dan menyebabkan beliau salah anggap kelajuan bas. Had kelajuan lebuhraya tersebut adalah 65 bsj.

Beberapa orang mengatakan mereka memerlukan sekurang-kurangnya tiga jam tidur dalam setiap 24 jam untuk merasa berehat, sementara yang lain memerlukan 11 jam.

Pada umumnya pakar menyarankan agar masyarakat mendapatkan hampir lapan jam setiap malam tidur yang nyenyak untuk mencapai puncak kecergasan.

Penyelidik utama Dr William Killgore, dari Walter Reed Army Institute of Research, menekankan bahawa penemuan beliau tidak bermaksud bahawa kurang tidur menyebabkan penurunan dalam "moral" ataupun kualiti keyakinan moral.

Keputusan kami menyarankan bahawa ketika kurang tidur, individu secara selektif nampak lebih lambat dalam pembahasan moral tentang dilema peribadi jika dibandingkan dengan dilema jenis lain ," katanya.

Pernilaian lembap.

Dilema yang digunakan dalam kajian senario hipotetis, bukan kejadian sebenarnya.

Para penyelidik bertanya kepada 26 anggota tentera yang sihat untuk menilai apakah suatu tindakan yang "sesuai" atau "tidak sesuai" dalam setiap situasi mulai dari aspek yang kecil sehingga dilema serius di mana keputusan secara teori boleh membahayakan orang lain.

Secara umum, para anggota tentera merasa lebih sukar untuk melakukan tugas ketika mereka kurang tidur dan telah terjaga terus-menerus selama 53 jam.

Beberapa bahkan mengubah pandangan mereka tentang apa yang biasanya boleh diterima secara moral setelah mereka telah terjaga selama dua hari.

Tentera Amerika Syarikat kini menyelidik kadar apakah yang masih selamat apabila askar tidur dengan sedikit dan apakah ubat-ubatan yang boleh membantu mereka untuk tetap berwaspada untuk jangka yang lebih lama tanpa tidur.

Tidak Selamat

Neil Stanley dari British Sleep Society berkata: "Kami tahu secara umumnya, penat lelah boleh menjejaskan penilaian seseorang.” Karya ini juga menunjukkan pengaruh pertimbangan moral.

"Anda bertindak secara berbeza dan keadaan situasi boleh meningkat. Emosi anda boleh keluar dari teratur dan anda juga hampir mengalir air mata atau menjadi zombie."

Beliau mengatakan ada kecenderungan yang merisaukan terhadap masyarakat 24-jam, umpamakan orang-orang membakar lilin di kedua-dua hujungnya.

"Kita tidak boleh menerima kelelahan sebagai keadaan yang normal," katanya.

Beliau juga mengatakan tugas terpanjang yang pernah tercatat oleh seorang adalah 11.5 hari tanpa tidur.

Kekurangan tidur adalah sangat umum, ianya bukan hanya di antara pekerja shif, tetapi yang paling tidak dijangkakan adalah satu perempat penduduk di United Kingdom tidak cukup tidur kerana adanya ahli keluarga yang mendengkur.

 

Mengatasi Berdengkur | Penyelesaian Berdengkur | Apnea Tidur Malaysia | Sitemap